Thursday, July 22, 2010
Nazar Merdeka
Suatu petang di Aidilfitri 2 tahun lepas, rumah Tok dan Wan seperti kelaziman dikunjungi ramai sanak saudara bertanya khabar dan bermaafan. Cuma kali ini ada sedikit kelainan, sepupu aku, Shafizul kali ini bersungguh datang untuk berjumpa dengan Wan untuk mendengar cerita dan kisah hidupnya.
Dia nak dengar cerita pasal penglibatan Wan semasa berkhidmat sebagai anggota polis di Pagoh, Johor dengan peristiwa Bukit Kepong. Wan dah cerita pasal ni kat aku. Cuma aku pelik kenapa dia tetiba jadi sangat patriotik nak tahu kisah ini. Semuanya bermula dengan lawatan ke Memorial Pengisytiharan Kemerdakaan, Melaka. Aku sendiri sempat ke Memorial ni beberapa bulan sebelum Aidilfitri itu. Ada bahan pameran dalam Memorial ini yang melibatkan Wan. Sebuah keratan akhbar. Aku pun ingat ingat lupa keratan akhbar dengan gambar yang dimaksudkan. Dia beritahu ada gambar ayah Wan (moyang aku) bersama Tuanku Abdul Rahman di memorial ini. Aku teruja dan berazam untuk datang ke memorial ini semula.
Minggu lepas aku berkesempatan ke Melaka dan melawat memorial ini. Aku terus cari petikan akhbar ni, aku nak lihat, rakam sendiri. Ini lah keratan akhbar yang dimaksudkan:-
Tajuk pameran Nazar Merdeka. Petikan akhbar bertajuk Dia basoh kaki Tengku, 11 September 1957.
Di-masa Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman, melawat ka-Kulim pada hari Ahad sudah, sa-orang ahli UMNO, Lebai Hussain bin Haji Taib, kerana sangat di-desak oleh perasaan-nya hingga dia serbu bertelut di-hadapan Tengku lalu menchium tangan beliau. Lepas itu Lebai Hussain telah membasoh kaki Tengku dengan ayer suchi sa-bagai menunaikan suatu sumpah Merdeka - Berita Harian.
Sebak dan terharu melihat gambar dan membaca teks keratan berita ini. Sebak sebab dapat melihat susuk badan moyang Lebai Hussain dan terharu melihat cara beliau melahirkan kegembiraan dan terima kasih di atas Kemerdekaan. Lama juga aku berdiri melihat keratan tu. Macam-macam aku fikir mendalami perasaan beliau ketika itu. Perasaannya pasti amat teruja yang sangat membuak hingga tiada rasa takut dan segan untuk bertemu Tuanku. Lebai Hussain menzahirkan rasa kesyukuran mencapai kemerdekaan dengan bernazar ke hadrat Ilahi dan menghargai usaha Tuanku dengan menunaikan nazar membasuh kaki Tuanku. Keindahan kegembiraan beliau pastinya tidak tergambar setelah dapat menyempurnakan hajat yang sangat diingini.
Hari ini di bulan kemerdekaan ke 53, sambutan kemerdekaan pastinya sangat berbeza.dari ketika itu. Generasi pasca kemerdekaan kini dilimpahi nikmat berlimpah ruah hasil penat lelah perjuangan membebaskan negara tanpa langsung rasa penderitaan mendapat kebebasan. Bersyukur, insaf dan muhasabah mengenang, menghargai usaha mereka. Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53.

Sunday, July 18, 2010
Short Trip to Melaka - Wonderland Theme Park
Oleh kerana weekends akan datang sehingga awal Ramadhan agak busy, aku buat keputusan untuk ke Melaka untuk memenuhi sebahagian dari aktiviti cuti kahwin. Yes, aku dah kahwin (kepada sesiapa yang bertanya). Idea bidan terjun, buat keputusan sehari sebelum bertolak.
Jadi kami bertolak pagi dan tiba di Melaka selepas tengahari. Petang terus pergi ke Wonderland Theme Park di Ayer Keroh. Excited datang sini dengan harapan taman ni lebih baik dari yang lagi satu. Sampai sahaja kat sana pengunjung sangat sangat lah...... tak ramai. Ini first time dapat park kereta secara legal paling dekat dengan kaunter tiket. "Taman ni buka ke tak?", aku tanya sendiri sebab sangat banyak parking kosong. Harga tiket RM26 on weekdays dan RM30 during weekends. Ada 16 rides tapi 2 rides tutup (under construction). Melangkah masuk ke theme park ni memang lengang habis. Aku rasa staff theme park lagi ramai dari pengunjung. Good thing is we can play all rides without even queue but... not all 14 rides are made for adult. Total cuma 7 rides je yang aku boleh naik. Paling thrill Kamikaze ride, surf sambil meniarap atas alas span. Ride lain guna pelampung... dah biasa dah. Overall aku satisfied dengan park ni, each rides built nicely with cement not just steel, safety concerned at each rides dan kualiti air yang bersih. Kalau ada resort sure aku suggest taman ni untuk dept. dayout May lepas.

Subscribe to:
Posts (Atom)