Monday, February 1, 2010

Activiti sepanjang hari 31 Jan 2010

Hari ni hari Ahad. Dikala kebanyakan orang masing layan bantal golek, saya bangun jam 9:30 pagi. Boleh dikatakan agak awal untuk saya bangun seawal ini dihujung minggu. Tujuan bangun awal adalah untuk pekena sarapan nasi lemak di TUTA dan seterusnya ke bank. Ambank buka hari Ahad tau.

Selesai mandi, saya dan Epul terus lincah ke TUTA. Kebetulan Epul pun mahu ke Skudai. Hampir jam 10:30 baru sampai. Nasib baik nasi lemak tak habis lagi. Nasi lemak ayam goreng dan teh o limau ais jadi menu saya sarapan yang tak berapa nak pagi ni. Dah lama juga tak pekena nasi lemak ni. Masih sedap menjilat _ _ _ _ (ikut imaginasi anda). Macam biasa kalau lelaki lepak, mesti gosip pasal kerja, politik dan hal semasa... hebat kan? hehe. Selepas itu saya terus ke bank dan Epul ke Skudai. Urusan di bank tak lama cuma lama menunggu. Saya kena datang semula ke bank sebab dokumen tak lengkap.

Selesai urusan di TUTA, langsung terus ke cyber cafe member di Mutiara Rini. Macam tadi juga, sok-sek sok-sek lelaki. Saya singgah sekejap sahaja selepas tu terus balik ke rumah. Jam 1 tengahari.

Sebenarnya sebelum ke TUTA untuk bersarapan. Saya tepaksa jumpa Zali untuk pinjam charger bateri sebab malam ni ada event di Persada dan bateri flash tak charge lagi. Zali pula ajak ambil gambar di Wedding Exhibition Kotaraya. "Zali, pukul berapa nak pergi Kotaraya?", "Pukul 2". Wahhh... saya terus kelam kabut sampai rumah. Bateri nak charge, baju melayu nak gosok (untuk event malam), barang kamera pun baru nak kemas. Zali dah terpacul depan rumah saya jam 1:30+, jam 2++ baru kami keluar.


Fuhh... kami tiba di Kotaraya jam 2:30 petang. Just in time. Ketika itu empunya booth yang menjemput kami sedang siapkan model-model untuk memperagakan gaun pengantin mereka. Banyak booth pengantin di ruang legar dan ramai juga photographer yang datang. Kebetulan jumpa pulak brader masa ikut course dengan Azam Neurmaya dulu. Tak sembang banyak pun, masing-masing tengah sibuk setting kamera. Jam 3 acara utama pun bermula, sakan ambil gambar. Selesai di Kotaraya jam 5. Malam ini ada satu lagi event, PTP Annual Dinner di Persada. Alamak cukup ke bateri flash untuk malam ni?

1 comment:

Anonymous said...

nasi lemak tuta..sedapnyer..
;(

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger