Tuesday, November 3, 2009
Resepsi Saiful & Zulaina
From Resepsi Saiful & Zulaina |
Majlis diadakan di Dewan Besar Gerik. Pasangan mempelai tiba diiringi paluan kompang dan pertunjukan silat pada jam 1:30 tengahari. Majlis turut dimeriahkan dengan Dj serta persembahan live band. Tersenyum sendiri bila lihat nama sekolah tertera di belakang t-shirt kumpulan kompang, Sekolah Rendah Mahkota Sari, dah lama tak dengar nama sekolah ni.
Gembira dapat jumpa kawan-kawan lama. Tak sangka dapat jumpa Faris, Nyah(Norul Anisa) dan Rosmiawati, kali terakhir jumpa masa sekolah rendah dulu.Lama betul tak dengar cerita dia orang ni.Cikgu Ct pun tak ketinggalan untuk hadir sama. Cikgu nampak terharu dan bangga dengan anak didiknya sepanjang majlis ini macam kami semua masih di darjah 6. Terima kasih cikgu.
Macam mana saya yang jauh di selatan boleh datang majlis resepsi di utara sedangkan ramai orang sudah menghabiskan cuti pada Hari Raya lalu... hehe. Sebenarnya saya tak dapat bercuti panjang masa Hari Raya baru-baru ni, jadi saya gunakan kesempatan ini untuk ganti bercuti. Pada asalnya nak bercuti sebab saja nak balik kampung jumpa Mak Ayah (macam balik raya hehe). Oleh kerana si Epo ni pun nak buat kenduri jadi saya pilih untuk bercuti pada tarikh yang sama untuk memenuhkan agenda percutian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment